23 Ogos 2017 - 13:29
Rusia Dan China Kecam Sekatan Terbaharu Washington

Rusia dan China mengecam keras tindakan Amerika Syarikat yang memperkenalkan sekatan baharu ke atas beberapa buah syarikat dan individu dari kedua-dua buah negara itu dengan alasan bahawa mereka "membantu" program senjata Korea Utara melalui perniagaan mereka dengan negara tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Rusia dan China mengecam keras tindakan Amerika Syarikat yang memperkenalkan sekatan baharu ke atas beberapa buah syarikat dan individu dari kedua-dua buah negara itu dengan alasan bahawa mereka "membantu" program senjata Korea Utara melalui perniagaan mereka dengan negara tersebut.

Jabatan Perbendaharaan A.S pada hari Selasa mengenakan sekatan baharu ke atas enam buah syarikat milik China dan sebuah syarikat milik Rusia. Sebuah entiti dari Korea Utara, dua buah entiti yang berpusat di Singapura dan enam individu lain -empat dari Rusia, seorang dari China dan seorang dari Rusia- turut dikenakan tindakan itu kerana mempermudahkan hubungan dagang dengan Korea Utara.

Firma dan individu yang dikenakan tindakan tersebut dituduh bekerjasama dengan para individu yang sebelum ini telah disenarai hitam, membantu pembangunan sektor tenaga Korea Utara, membantu menempatkan pekerja Korea Utara di luar negara ataupun membantu memindahkan wang dari luar negara. Aset mereka di A.S telahpun dibekukan dan warga Amerika Syarikat dilarang berurus niaga dengan mereka rentetan sekatan itu.

Setiausaha Jabatan Perbendaharaan A.S Steven Mnuchin mendakwa bahawa pertolongan entiti tersebut dalam membantu Korea Utara untuk menjana pendapatannya untuk membina senjata pemusnah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergey Ryabkov pula berkata bahawa sekatan terbaharu A.S itu sangat mengecewakan dan memberi amaran bahawa Moscow sedang menyediakan sebuah tindakan balas.

A.S menentang keras program peluru berpandu dan nuklear Pyongyang. Akan tetapi, Korea Utara berkata bahawa program tersebut adalah sangat penting di dalam mengelakkan tindakan agresif Washington ke atas negara itu. -ABNA24

/315